PENGGUNA BIJAK (IMAM AL-GHAZALI)



Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsudan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
(Imam Al-Ghazali)

Friday, June 18, 2010

Pertandingan Blog!!

Salam untuk semua,
Kali ini saya ingin memberitakan sesuatu yang menarik bagi blogger-blogger yang berminat.
Walaupun sangat lewat,saya tetap nak sebarkan jugak.
Pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan tau!!!
Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman sesawang berikut:
http://www.mypengguna.com


Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
  • Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  • Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
  • Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
  • 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
  • Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
  • Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  • Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
  • 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan

Wednesday, June 16, 2010

Hak-hak pengguna.

Salam kepada semua pembaca....
Tau tak kita semua ni pengguna?Betul ke?
Betul...anda semua dan juga saya adalah pengguna..
Pengguna tu apa sebenarnya?
Pengguna adalah individu yang membeli atau menggunakan sesuatu barangan.
JADI, kita semua adalah pengguna.
Tapi, kenapa kita perlu jadi pengguna bijak?
Kalau jadi pelajar bijak,kita boleh dapat hadiah, anugerah dan pujian.
Kalau jadi pengguna bijak dapat apa ye?
Pengguna bijak dapat elak dirinya daripada ditipu....
Tak percaya?Baca surat khabar....Memang banyaaak sangat kes pengguna kena tipu..
Lagi?
Hmm...Nak tau tak ? Pengguna pun ada hak-hak dia....
Antara hak-hak pengguna ialah:-
  1. Hak untuk mendapat keperluan asas
  2. Hak untuk mendapat keselamatan
  3. Hak untuk mendapat maklumat
  4. Hak untuk membuat pilihan
  5. Hak untuk mendapat ganti rugi
  6. Hak untuk menyuarakan pendapat
  7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
  8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.

Pengguna?Bijak?

Salam sejahtera kepada semua!
Saya menulis blog ini sebagai panduan kepada anda menjadi
supaya menjadi pengguna yang bijak..
Jika anda tertanya-tanya,apa bezanya pengguna biasa dengan pengguna bijak ye?
Bezanya saaangat banyak!Tak percaya?
Teruskan membaca blog saya,tak rugi tau jadi pengguna bijak...