Wah! Sedar tak sedar, saya dah sampai pada hak pengguna yang ke-7.
Rakan-rakan serta para pembaca semua, mahukah anda mengetahui tentang hak kita yang lain iaitu hak untuk memperoleh pendidikan kepenggunaan?Sudah tentu,bukan? Baiklah,teruskan membaca...
Setiap pengguna wajar diberi pendidikan kepenggunaan supaya mereka sedar jika mereka ditipu oleh mana-mana pihak. Antara pendidikan yang perlu diketahui ialah mengenai hak,peranan, serta tanggungjawab mereka.
Terdapat segelintir pengguna yang tidak berminat untuk mengambil tahu hak mereka serta kurang memberi kerjasama terhadap aktiviti persatuan pengguna. Hal ini tidak seharusnya terjadi kerana pemimpin di negara kita telah bersusah-payah menubuhkan persatuan-persatuan pengguna dengan tujuan agar rakyat Malaysia sedar akan hak, peranan serta tanggungjawab mereka.
Di sini, saya sertakan beberapa gambar mengenai pendidikan kepenggunaan :