Baiklah,kita hampir di penghujung kupasan mengenai hak pengguna.
Hak pengguna yang terakhir ialah :-Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat.
Jika difikirkan kembali, alam sekitar kita ini semakin tidak selamat. Tanah runtuh makin kerap terjadi. Bagi penduduk di beberapa buah negara, mereka mengalami ribut taufan serta gempa bumi yang semakin kerap.
Selain itu, suasana yang tidak sihat melanda seluruh dunia amnya disebabkan pencemaran alam yang kian berleluasa.
Sebenarnya,setiap pengguna berhak untuk hidup dalam suasana alam sekitar yang sihat serta bebas daripada sebarang bahaya. Walaupun bahaya daripada bencana alam tidak dapat dielakkan, kita dapat mengurangkan kesannya dengan mengawal atau mengurangkan aktiviti yang merosakkan bumi ini.
Oleh itu, sekiranya kawasan kita tergolonh dalam keadaan yang membahayakan,kita boleh membuat aduan terhadap badan-badan berkaitan. Bagi mereka yang menodai alam pula, mereka boleh didakwa dengan 2 tuduhan utama : 1)Mencabuli hak asasi manusia.
2)Melanggar peraturan mengenai alam sekitar.
Jadi, jangan takut untuk membuat aduan jika hak kita ini dicabuli...Berikut saya sertakan imej-imej pencemaran alam.: