PENGGUNA BIJAK (IMAM AL-GHAZALI)



Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsudan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
(Imam Al-Ghazali)

Hak Pengguna #6

Greetings again!!
Pada halaman ini, saya ingin berceloteh mengenai hak pengguna ke-6;
HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI..
Pernah tak anda mengalami situasi yang menyakitkan hati?
macam...barangan yang dibeli amatlah berlainan dengan yang terpapar.
Saya pernah. Kisah ini terjadi apabila saya membeli baju secara online di sebuah laman jualan.Melalui gambar,memang tak disangka jarang.Jadi, saya pun belilah.Lagipun, tertulis di situ adalah kain jenis cotton.
Tapi, apabila sampai melalui pos, baju itu sangat mengecewakan hati saya.Ia jarang dan nipis. Harganya sangat mahal jika nak dibandingkan dengan baju itu..

Jadinya, kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman seperti saya, anda boleh menuntut ganti rugi kerana ia merupakan hak kita sebagai pengguna. Anda faham kan?Sesiapa yang kurang faham, bolehlah meninggalkan komen dan saya akan cuba membalasnya...
Terima kasih kerana sudi membaca halaman ini...!