Hak untuk mendapat keselamatan.
Hak pengguna yang kedua ialah hak untuk mendapat keselamatan. Setiap pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan serta tidak mengancam keselamatan pengguna sama ada dari segi fizikal atau mental. Antara contoh barangan penting yang popular dalam kalangan pengguna ialah:
1)Kosmetik
Barangan kosmetik merupakan barangan yang paling penting bagi wanita. Namun begitu,keghairahan mereka untuk tampil cantik boleh menyebabkan kesengsaraan yang berpanjangan.Baru-baru ini, akhbar Berita Harian telah mendedahkan pengakuan seorang wanita yang menderita akibat barngan kosmetik yang dipakainya mengandungi kimia berbahaya iaitu 'hidrokuinin' .Menurut pakar kesihatan dan kecantikan, bahan kimia ini menyebabkan pemakainya menghadapi kerengsaan kulit serta boleh mengakibatkan barah terhadap individu tersebut jika dipakai secara berterusan. Tindakan pihak berkuasa yang merampas kosmetik yang mengandungi kimia berbahaya ini perlu dipuji kerana ia dapat mengelakkan lebih ramai pengguna menjadi mangsa.
2)Barangan elektrik
Barangan ini perlu diberi perhatian yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan kemalangan yang membahayakan pengguna. Agensi yang bertanggungjawab memastikankeselamatan barangan ini ialah SIRIM. Ia mula beroperasi pada 1996 dengan objektif ingin membantu pengusaha meningkatkan daya saing menerusi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi dan kualiti.
3) Permainan kanak-kanak
Barangan ini paling popular dalam kanak-kanak. Namun begitu, keghairahan ibu bapa membeli permainan boleh membawa padah jika tidak berhati-hati. Hal ini disebabkan kandungan plumbum yang tinggi dalam permainan boleh mentebabkan kematian. Sekitar tahun 20-an,sebuah syarikat permainan yang terkemuka telah menarik balik alat mainan yang dikeluarkannya kerana mempunyai kandungan plumbum yang tinggi.
Kesimpulannya,kita sebagai pengguna perlu berhati-hati terhadap barangan yang terdapat di pasaran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.