PENGGUNA BIJAK (IMAM AL-GHAZALI)



Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsudan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
(Imam Al-Ghazali)

Hak Pengguna #1


Selamat datang lagi!
    Cuba tengok gambar di atas ini. Mereka adalah homeless people ataupun orang yang tidak berumah. Mereka tinggal dan tidur di tepi-tepi jalan. Fenomena ini boleh dilihat di beberapa buah negara. Antaranya ialah China.Tapi....percaya tak kalau saya beritahu anda bahawa homeless people ni ada ni beberapa negara yang maju seperti U.K.Betul!ini adalah pengalaman kenalan saya yang melanjutkan pelajarannya di Aberdeen University. 

    Setiap pengguna seharusnya memperoleh keperluan asas yang sempurna. Oleh itu, perkara begitu tidak sepatutnya terjadi pada sesiapa pun. Hal ini kerana ia merupakan hak asasi individu tersebut. Terdapat juga satu kes seperti ini di negara Malaysia. Kira-kira sebulan yang lepas, terdapat akhbar yang melaporkan bahawa terdapat sebuah keluarga yang menetap di bawah sebuah jambatan sejak lapan tahun yang lalu....Ya,JAMBATAN!! Setelah akhbar tersebut melaporkan keadaan itu,beberapa pihak yang bertanggungjawab telah memberi bantuan kepada lelaki terbabit.

      Penderitaan rakyat Palestin merupakan contoh salah satu penindasan terhadap hak asasi pengguna. Mereka bukan sahaja dihalau keluar dari tanah air, tetapi disekat daripada mendapat bantuan negara luar. Kejam sungguh kan rejim Zionis?Ada di antara rakyat Palestin yang ditembak dan dibom sedangkan mereka rakyat yang tidak berdosa....bukannya pengganas ataupun terroris..

   Akhir sekali, bersyukurlah kita dengan nikmat yang dilimpahkan kepada kita semua.Tetapi, pengguna yang bijak perlu menyedari bahawa mereka perlu menuntuk hak mereka..

   Thank you 4 all...