PENGGUNA BIJAK (IMAM AL-GHAZALI)



Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsudan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
(Imam Al-Ghazali)

Hak Pengguna #5

Selamat kembali!^-^
Pada kali ini marilah bersama-sama mempelajari tentang hak pengguna ke-6 iaitu hak untuk menyuarakan pendapat. Kita sebagai pengguna mempunyai hak dalam menyuarakan pendapat kita mengenai sesuatu barangan. Andainya kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu barngan atau perkhidmatan,kita boleh mengadu kepada pihak yang menjual atau yang menyediakan perkhidmatan itu. Terdapat beberapa persatuan pengguna di Malaysia yang berperanan melindungi hak-hak pengguna. Antaranya,Pengguna Islam Malaysia(PPIM),Persatuan Pengguna Pulau Pinang serta FOMCA iaitu penaung bagi gabungan persatuan pengguna di Malaysia.

Persatuan-persatuan pengguna ini berfungsi menerima aduan pengguna dan mengambil tindakan sewajarnya. Selain itu, FOMCA juga menjalankan kajian terhadap isu-isu kepenggunaan. Oleh itu, pengguna seharusnya prihatin terhadap hak-hak mereka.

Antara contoh penipuan oleh pihak tertentu :